Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

7 premis, 17 individu di kompaun gagal patuhi SOP Covid

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BINTULU: Akibat ingkar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Diperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB), tujuh premis di kompaun RM10,000 setiap satu.

Kesemua premis yang beroperasi di kawasan perindustrian berat Sungai Nyigu, di sini didapati gagal mematuhi arahan 30 peratus pekerja dibenarkan bekerja.

Turut di kompaun 16 individu (RM1,500 seorang) yang gagal mengimbas aplikasi MySejahtera, manakala seorang lagi individu dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak mengguna pelitup muka menjadikan keseluruhan kompaun yang dikeluarkan dalam operasi pematuhan SOP Diperketatkan PKPB adalah sebanyak RM95,500.

Sebanyak sepuluh premis di sekitar kawasan perindustrian berat Sungai Nyigu diperiksa dalam operasi bersepadu pematuhan SOP PKPB yang turut disertai Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung.

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News