ARTIKEL

Foto BERNAMA

700 syarikat Jerman wujudkan 65,000 pekerjaan di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan lebih banyak perniagaan Jerman untuk memanfaatkan lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara dan infrastrukturnya yang dibangunkan, sebagai destinasi pelaburan pilihan.

“Dalam Kesatuan Eropah (EU), sudah tentu, Jerman adalah rakan dagang terbesar kami dan anda telah melabur jumlah yang cukup besar iaitu hampir US$15 bilion (RM70.24 bilion),” katanya dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatnya Canselor Olaf Scholz di Canselori Persekutuan, Berlin.

Beliau memberikan contoh Infineon Technologies AG dan banyak syarikat terkemuka lain di Jerman yang telah memilih Malaysia sebagai hab penting, pusat kecemerlangan dan pusat latihan.

Sehubungan itu, katanya Malaysia berharap kepada kerjasama yang lebih luas, bukan sahaja dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan, malah untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam semua bidang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia berminat untuk memberi fokus terhadap latihan pelajar.

“Kami mempunyai kira-kira 1,000 pelajar di seluruh Jerman untuk menjalani latihan di syarikat Jerman sebagai pendedahan awal kepada mereka,” katanya.

Baca lain  Selamat jalan, Blake pergi buat selama-lamanya

Perdana Menteri berkata Putrajaya turut menyambut baik minat Berlin dari segi pelaburan baharu dalam tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi hijau.

“TBB telah menjadi tumpuan kami pada masa ini dan kami bertuah kerana mempunyai kekuatan dalam tenaga solar, tenaga hijau dan kukuh dari segi kapasiti kami untuk mengeksport TBB,” katanya.

Menurut Anwar, Malaysia mengeksport TBB ke Nusantara, iaitu ibu negara baharu Indonesia serta menerusi kabel di bawah laut ke Singapura.

“Oleh itu, terdapat potensi besar yang anda dapat lihat melalui pertumbuhan pesat pusat data dan AI (kecerdasan buatan) ke rantau ini, terutama di Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia optimis untuk mencapai pertumbuhan ekonomi antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2024, berdasarkan asas kukuh iaitu kerangka ekonomi MADANI dan pembaharuan yang digariskan menerusi Belanjawan 2024 Malaysia.

Beliau turut menekankan bahawa kerangka ekonomi MADANI akan memanfaatkan kekuatan semula jadi Malaysia dalam meningkatkan daya saing negara, dengan mengutamakan kepada langkah kemampanan fiskal, amalan tadbir urus yang baik dan penyampaian perkhidmatan yang cekap.

Baca lain  PM, MP Kerajaan Perpaduan hadir taklimat Prapersidangan Dewan Rakyat

Terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkalan di Malaysia yang mewujudkan sejumlah 65,000 pekerjaan.

Jerman adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan anggota EU sejak tahun 2000 manakala Malaysia merupakan rakan perdagangan terbesar bagi Jerman dalam kalangan negara anggota Asean.

Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (USD13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (USD13.62 bilion) pada 2022.– BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah