ARTIKEL

RASMI... Abdul Hafiz (kiri, hadapan) memukul gong sebagai perasmian simbolik majlis makan malam dan penghargaan AIM Serian.

700 usahawan Sarawak sertai majlis makan malam dan penghargaan AIM Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Seramai 700 usahawan hadir pada majlis makan malam dan penghargaan anjuran Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Serian (KUSIS) pada Jumaat.

Pengerusi KUSIS, Hanaliza Wahid, berkata program dengan kerjasama AIM Cawangan Serian itu bertujuan meraikan jasa dan sumbangan ahli dan pengiktirafan kepada usahawan yang berjaya pada tahun 2023.

“Diharap agar majlis seumpama ini dapat menjalin silaturahim sesama peserta di samping menjadi platform meningkatkan jaringan perniagaan pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, acara kemuncak iaitu Anugerah Sahabat Usahawan Berjaya berlangsung meriah memandangkan anugerah itu menjadi perhatian para pengunjung.

“Hal ini kerana anugerah terbabit boleh dijadikan contoh serta motivasi kepada para usahawan dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan belia yang berjaya,” jelasnya.

Pada majlis sama, Lembaga Perwakilan Sahabat Cawangan Serian Sesi 2022-2023 juga mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pihak penganjur.

Program juga diselitkan dengan beberapa aktiviti menarik seperti cabutan tiket bertuah dan persembahan daripada setiap blok.

Majlis terdahulu disempurnakan oleh Penolong Pengurus AIM Wilayah Sarawak, Abdul Hafiz Soni.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU