7,000 sambut Ketua Menteri di Suai

SUAI: Anggaran 7,000 masyarakat sekitar kawasan Parlimen Bintulu menghadiri pelancaran Jerayawara Gabungan Parti Sarawak(GPS) Zon 12A)Bintulu bertempat di pekarangan rumah panjang, Robert Anak Tugang, Suai.

Ketibaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg disambut meriah masyarakat pelbagai kaum yang sama-sama mengibar bendera GPS diikuti laungan ‘Utamakan Sarawak, Sarawak First.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Utiliti merangkap ADUN Kemena Datuk Sri Dr.

Stephen Rundi Anak Utom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri(Integriti dan Ombudsman) Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak(SUPP) Professor Datuk Dr Sim Hui Kian dan presiden Parti Demokratik Progresif Datuk Sri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu merangkap pengerusi GPS Zon 12(A) Bintulu, hadir sama.

Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera, YB Datuk John Sikie Tayai, ADUN Samalaju Majang Renggi, ADUN Meluan Rolland Duat Jubin turut hadir.

Suara Sarawak