70,000 bakal serbu Festival FAMA Sarawak

KUCHING: Festival Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Sarawak (SFF) 2019 bakal ber-langsung pada 26 hingga 28 April ini.Seramai 1,100 peserta indus-tri bakal berkampung di sekitar Medan Niaga Satok sempena fes-tival tersebut.

Pengarah Lembaga Pema-saran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak, Shahid Abu Bakar berkata, festival berlang-sung bagi mempromosikan indus-tri asas tani sebagai sektor pernia-gaan yang menguntungkan. Menurutnya, festival tersebut menarik minat penglibatan usaha-wantani dan generasi muda untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi serta memperoleh pendapatan tambahan.

Pengarah Lembaga Pema-saran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak, Shahid Abu Bakar berkata, SFF signifikan dalam memacu sektor pertanian di Malaysia selaras dengan has-rat kerajaan menjadikan FAMA sebuah agensi pemasaran perta-nian yang unggul bagi menyokong sektor pertanian di negara.

JOM KE FAMA KUBAH RIA… Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan FAMA, Adeyong Tomick (dari kiri), Pengarah FAMA Sarawak, Shahid Abu Bakar dan Ketua Unit Promosi FAMA, Joblee Nahri mengalukan kedatangan orang ramai ke Festival FAMA Sarawak bermula pada Jumaat 26 hingga 28 April hujung minggu ini di Kubah Ria, Kuching.

“Festival ini akan memberi pendedahan kepada usahawan ke arah mempertingkatkan tahap keusahawanan dan daya saing serta menarik minat usahawan muda menceburi bidang pemasa-ran pertanian negara,” jelasnya.

Tambah beliau, program terse-but merupakan medan terbaik bagi tiga pihak iaitu pengguna, pengu-saha dan petani bertemu dalam konsep padanan perniagaan bagi membentuk satu jaringan.“SSF mewujudkan rangkaian pemasaran untuk faedah kumpulan sasar iaitu usaha-wan, petani, pemborong, pengeksport dan peruncit.“Perkara ini sekali gus menempatkan Medan Niaga Satok sebagai pusat sehenti dan inovasi barangan halal industri asas tani serantau dan global,” katanya.

Tambah beliau, pelbagai acara tambahan dan pameran turut disajikan bagi memeriah-kan seramai 70,000 pengunjung yang akan bertandang di Medan Niaga Satok nanti.

“Pameran booth kesedaran penggredan, pembungkusan dan pelabelan keluaran per-tanian (GPL) turut disediakan bagi menye-barkan maklumat kepada pengunjung serta Jualan Terus Dari Ladang (JDTL) seper- ti nanas MD2, limau madu, jagung dan pelbagai jenis sayur.

Suara Sarawak