ARTIKEL

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang - GAMBAR: ALIFF NONI

70,000 daripada 1.3 juta usahawan KKDW masih aktif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Lebih 70 peratus usahawan tempatan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) seluruh negeri dikenal pasti tidak aktif dalam bidang perniagaan yang telah diceburi sebelum ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, hasil rekod terkini hanya menunjukkan 67,000 ke 70,000 daripada jumlah keseluruhan (1.3 juta usahawan) masih bergiat aktif.

“Kita telah menganalisis bahawa 80 peratus daripadanya (usahawan aktif) merupakan usahawan piko iaitu usahawan sara hidup yang mana pendapatan mereka kurang daripada RM60,000.

“Selebihnya ialah usahawan nano yang berpendapatan RM60,000 hingga RM150,000, diikuti usahawan mikro dengan pendapatan lebih RM150,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan di tapak Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Halaman Samarahan, di sini, hari ini.

Untuk itu, Rubiah menegaskan usahawan kategori piko dan nano akan diberi fokus dalam menaik taraf aktiviti keusahawanan mereka dengan meningkatkan pemasaran produk menerusi platform digital dan teknologi baharu.

Mengambil pendekatan terbaharu, beliau mendedahkan platform pemasaran “Desamall” antara inisiatif baharu KKDW untuk memastikan produk luar bandar khususnya dapat menembusi pasaran secara lebih meluas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU