701 dilaporkan terbunuh di Myanmar

KUALA LUMPUR: Angka kematian di Myanmar meningkat kepada 701 orang susulan bantahan rakyat terhadap rampasan kuasa tentera dan penangkapan pemimpin kerajaan sejak Februari lalu.

Agensi Anadolu melaporkan, Badan Amal untuk Tahanan Politik mendakwa terdapat korban baharu dari kawasan di mana pasukan keselamatan campur tangan terhadap tunjuk perasaan awam.

Laporan itu yang mengemas kini angka korban menyebut seramai 3,012 orang ditahan tentera setakat ini.

Sementara itu, 656 waran tangkap dikeluarkan terhadap penunjuk perasaan yang menentang rampasan kuasa.

Suara Sarawak