Trending

72 ahli RCIA dibaptis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seramai 72 ahli Ritus Permulaan Kristian Orang Dewasa (RCIA) telah dibaptis dalam liturgi pembaptisan di gereja St Joseph bersempena hari minggu paskah.

Paderi membaptis umat katolik yang baharu.

Misa perayaan ini disempurnakan oleh dua orang paderi iaitu Galvin Richard Ngumbang dan Mark Noel Bonchol.

Ahli RCIA yang menunggu giliran untuk dibaptis.

Setelah dibaptis oleh paderi, para wahli ahli RCIA menyerahkan lilin simbol cahaya Kristus kepada mereka yang baru sahaja dilahirkan semula sebagai umat Katolik sebelum mereka menerima tubuh Kristus dalam perjamuan Ekaristi untuk pertama kali.

Penyerahan lilin simbol cahaya Kristus.

Paderi Galvin mengungkapkan bahawa beliau berasa gembira melihat komuniti baharu yang telah rasmi menjadi ahli gereja Katolik.

Rachel Jane | Selepas dibaptis saya rasa seperti dilahirkan semula ke dunia serta dapat menerima agama dengan baik. Selepas ini saya akan amalkan ajaran Kristian dalam kehidupan seharian saya.

“Saya berasa sangat gembira untuk mereka dan saya berharap mereka akan menjadi umat Kristian yang baik dan benar-benar menjadi saksi Kristus kepada dunia ini di mana-mana mereka berada,” katanya.

Jessica Mus | Semestinya saya berasa gembira, hati menjadi lebih terbuka untuk menerima Tuhan dalam kehidupan saya. Sebelum ini saya berasa kosong dan seperti tiada arah tujuan tetapi selepas ini saya akan selalu mengikut jalan Tuhan.
Jeremy Wong | Kehidupan akan lebih fokus kepada Tuhan Yesus. Dengan mengikut Yesus, saya mempunyai arah tujuan dalam perjalanan hidup. Sangat gembira selepas dibaptis kerana berasa seperti dilahirkan semula sebagai anak Tuhan.
Benediktus Ericson | Saya berasa sangat gembira dan berasa seperti mendapat kehidupan yang baharu. Saya berharap saya akan sentiasa setia beribadah kepada Tuhan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru