ARTIKEL

726 kes baharu, empat kematian, 497 kes pulih dan discaj

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak terus mencatatkan kes harian positif Covid-19 yang tinggi dengan mencatatkan 726 kes baharu hari ini.

Jumlah tersebut menjadikan Sarawak antara lima negeri di Malaysia yang menyumbang kes harian tertinggi, sekali gus rekod baharu harian tertinggi yang pernah dicatatkan negara iaitu 9,020 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Daerah Kuching merekodkan kes tertinggi hari ini dengan 159 kes, Kapit (73), Sibu (72) dan Miri (66).

“Sementara sebanyak 60 kes di Subis, Bintulu (49), Samarahan (43), Pakan (28), Meradong (27), Selangau (16), Asajaya (16), Sarikei (15), Tanjung Manis (13), Beluru (13), Mukah (12) dan Serian (10).

“Manakala sembilan kes di Matu, Pusa (8), Bau (8), Betong (5), Simunjan (5), Kanowit (4), Julau (4), Tatau (2), Saratok (2), Marudi (2), Song (2), Lawas (1), Sri Aman (1) dan Sebauh (1), menjadikan keseluruhan 46,162 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, JPBNS berkata sebanyak empat kes kematian baharu dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 280 orang.

“Kesemua mangsa berusia antara 58 hingga 72 tahun dengan masing-masing dua kes meninggal dunia di Hospital Kapit dan Hospital Bintulu.

“Selain itu, sejumlah 497 kes baharu pulih dan dibenarkan discaj menjadikan sebanyak 37,872 atau 82.04 peratus individu sudah sembuh,” jelasnya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya