73.9 PERATUS MAJIKAN gagal patuhi Akta 446

ALOR SETAR: Sebanyak 10,961 atau 73.9 peratus majikan dikesan gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dari 1 Februari hingga 15 April lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim (gambar) berkata JTK telah menjalankan pemeriksaan ke atas 14,835 majikan di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan yang membabitkan 95,870 unit penginapan pekerja.

“Daripada jumlah majikan yang diperiksa, 3,874 iaitu 26.1 peratus majikan memenuhi (kriteria) kemudahan penginapan pekerja, manakala yang lain masih gagal mematuhi akta.

Pemeriksaan turut dijalankan terhadap 616,216 pekerja iaitu 572,518 pekerja asing dan 43,698 pekerja tempatan.

“Sebanyak 625 kertas siasatan dibuka daripada keseluruhan pemeriksaan, melibatkan kesalahan penginapan tidak diperakui perakuan penginapan oleh Ketua Pengarah Tenaga Kerja, penginapan tidak mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak menyediakan ruang rehat serta ruang makan kepada pekerja,” katanya selepas Majlis Tautan Kasih bersama Media Kedah di sini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 19 Apr 2021

Suara Sarawak