ARTIKEL

SELUDUP… Muatan guni berisi bawang merah kecil yang cuba diseludup keluar ke Indonesia.

750 guni bawang merah kecil gagal diseludup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan seorang lelaki tempatan disyaki cuba menyeludup keluar 750 guni berisi bawang merah kecil dianggarkan berjumlah RM75,000 ke Indonesia di sini, semalam (Isnin).

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan hari ini berkata, suspek berusia 54 tahun ditahan ketika menggunakan laluan tidak sah di Kampung Stass, di sini, dalam operasi yang dijalankan di kawasan sempadan.

Beliau berkata, operasi tersebut dijalankan oleh sepasukan anggota TDM di kawasan itu sekitar jam 11.20 malam.

“Semasa menjalankan rondaan, pasukan telah menahan sebuah lori enam tan jenis Mitsubishi Fuso yang sedang membawa muatan yang bertutup cuba memasuki negara Indonesia dengan menggunakan jalan tidak sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun telah membawa muatan sebanyak 750 guni yang berisi bawang merah kecil dianggarkan berjumlah RM 75,000 untuk diseludup ke Indonesia,” kata kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu menambah, kesemua hasil rampasan termasuk sebuah lori enam tan jenis Mitsubishi Fuso dianggarkan berjumlah RM 195,000.00.

Barang-barang rampasan beserta dua orang warga tempatan yang ditahan diserahkan kepada pihak Polis di Balai Polis Bau, Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

“Tentera Darat terus komited memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” jelas kenyataan itu.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)