ARTIKEL

Nanta (tengah) ketika sidang media selepas sesi dialog, bersama Ahmad Maslan dan Ketua Pengarah Kerja Raya (Menjalankan Tugas), Datuk Ir Badiozaman Abdul Khalik. | BERNAMA

757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 757 daripada 2,118 projek pembinaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang tahun 2023 telah siap sepenuhnya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata 772 lagi projek dalam proses pembinaan manakala 589 pula pada peringkat prapembinaan.

Beliau berkata bagi kerja dan projek penyelenggaraan yang dilakukan JKR, daripada 9,349 kerja-kerja dijalankan, 8,851 daripadanya telah siap, 473 dalam proses pembinaan manakala selebihnya dalam peringkat prapembinaan.

“Kita dengar macam-macam aduan, komen dalam media sosial yang mengatakan JKR tidak buat kerja. Tapi kalau mengikut statistik banyak kerja yang telah dijayakan JKR.

“Malah projek-projek yang sempurna lebih banyak daripada projek sakit.

Jadi kalau kata JKR tidak buat kerja, itu tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi dialog awam bersama jurutera daerah JKR di Kementerian Kerja Raya di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sesi dialog dua hala yang julung kali diadakan itu selaras dengan aspirasi Program MYJalan yang mahu meningkatkan ketangkasan penyelesaian aduan dan kerja-kerja penyenggaraan jalan melalui pemerkasaan fungsi jurutera daerah dan jurutera jajahan.

Seramai 86 pegawai yang terdiri daripada Jurutera Daerah JKR melibatkan 11 negeri hadir pada  sesi dialog dengan kesemuanya telah mengambil ikrar Aku Janji Bebas Rasuah. — BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)