HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

76 kluster aktif termasuk satu kluster baharu manakala 5 lagi tamat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) telah mengisytiharkan satu lagi kluster baharu dikesan di Sarawak iaitu Kluster Ulu Sebakong, Mukah.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kluster Sebakong merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Ulu Sebakong, Mukah.

Katanya, kluster tersebut berpunca daripada aktiviti pengebumian yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Mei 2021 di rumah panjang yang telah dihadiri oleh penduduk rumah panjang tersebut.

“Justeru, sejumlah 78 individu telah disaring yang mana 50 kes telah dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, 90 kes didapati negatif dan tujuh lagi masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif Covid-19 ini telah dirujuk dan dimasukkan ke Hospital Sibu dan PKRC di Daerah Mukah bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak.

Dalam pada itu, JKNS juga mengisytiharkan terdapat lima kluster tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan Kluster Sungai Kawi, Meradong; Kluster Ulu Balingian, Selangau; Kluster Sungai Rian, Meradong; Kluster Sungai Lemayong, Meradong; dan Kluster Sungai Senibung, Julau.

“Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 76 kluster, 11 kluster telah merekodkan 32 penambahan kes baharu manakala 65 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru