Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

76 pelajar cemerlang SPM SMK Bintulu terima insentif 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Johnny Pang menyampaikan insentif kepada salah seorang pelajar cemerlang SPM 2021 SMK Bintulu.
Johnny Pang menyampaikan insentif kepada salah seorang pelajar cemerlang SPM 2021 SMK Bintulu.

BINTULU:  Seramai 76 orang pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu menerima insentif daripada Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu, hari ini.

Sumbangan tersebut diserahkan ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming di Dewan Cenderawasih, SMK Bintulu.

Johnny Pang berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat menampung keperluan pelajar cemerlang terbabit untuk menyambung pelajaran.

Beliau berkata, insentif tersebut adalah sebagai galakan kepada pelajar cemerlang ini supaya kekal cemerlang di peringkat seterusnya selain sebagai cabaran kepada pelajar yang akan menduduki SPM.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk pelajar lain berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya pada masa akan datang,” ujarnya ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Enam pelajar yang mendapat keputusan 11A telah menerima insentif sebanyak RM700; sembilan pelajar mendapat keputusan 10A(RM600), tujuh pelajar mendapat keputusan 9A(RM500), lapan pelajar mendapat keputusan 8A(RM400), lima pelajar mendapat keputusan 7A(RM300), 15 pelajar mendapat keputusan 6A(RM200) dan 26 pelajar mendapat keputusan 5A(RM100).

2: Johnny Pang merakam gambar bersama penerima insentif pelajar cemerlang SPM 2021 SMK Bintulu.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News