76 sekolah rendah di bawah PPD Sibu mulai dibuka Isnin ini

SIBU: Sebanyak 76 dari 84 buah sekolah rendah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu akan mulai dibuka pada Isnin ini (15 Mac). Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPD Sibu di laman sosialnya semalam, lapan lagi sekolah rendah tidak akan dibuka.

“Setelah diteliti dan atas nasihat oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) sekolah yang berada di dalam kawasan yang berisiko tinggi akan ditangguhkan pembukaannya dari 15-19 Mac ini.

“Sekolah terlibat adalah SK St. Rita, SJK(C) Sacred Heart chinese, SJK Uk Daik, SJK(C) Chung Sing, SK Sentosa, SK Sg Durin, SK Ulu Durin Kiba dan SK Sg Naman,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba telah mengadakan mesyuarat Penilaian Pembukaan Semula Sekolah dibawah PPD Sibu bersama Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun pada sebelah siangnya.

AHLI (dua kanan), Dr Teh (tiga kanan) serta yang lain ketika mesyuarat tersebut.

Suara Sarawak