ARTIKEL

77 titik panas dikesan di Sarawak dalam bulan ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 77 titik panas dikesan di Sarawak dalam tempoh 1 hingga 15 Ogos lalu, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni.

Menurutnya, dalam tempoh yang sama sebanyak 2,153 titik panah dikesan di Kalimantan, Indonesia.

“Bilangan titik panas tertinggi di catatkan di Sarawak adalah sebanyak 36 dan dikesan pada 1 Ogos lalu, manakala bilangan tertinggi di Kalimantan ialah pada 5 Ogos lepas dengan sejumlah 376 titik panas.

“Sementara dalam tempoh 13 hingga 15 Ogos, tiada titik panas dikesan di negeri ini, berbanding sebanyak sebanyak 424 titik panas di Kalimantan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu katanya, Pusat Meteorologi ASEAN(ASMC) melaporkan sejumlah 195 titik panas dikesan di Sarawak dan sebanyak 2,820 titik panas dikesan di Kalimantan bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

“Selain itu, trend Indeks Pencemaran Udara (IPU) sepanjang tempoh Januari sehingga 16 Ogos lalu adalah dalam lingkungan tahap baik sehingga sederhana dan tiada bacaan sihat direkodkan,” jelasnya.

Mengulas lanjut beliau memberitahu berdasarkan tinjauan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 26 Julai lalu, negara kini berada dalam fasa Monsun Barat Daya (MBD)
yang telah bermula pada 15 Mei dan dijangkakan berakhir pada pertengahan September depan.

“Semasa musim ini, angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil sekali gus menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan.

“Sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak dan menyebabkan taburan hujan yang lebih rendah,” ujarnya.

Sementara itu, ASMC melalui kenyataan yang dikeluarkan pada 15 Ogos lalu meramalkan keadaan kering akan berterusan di wilayah-wilayah berdekatan seperti di bahagian selatan dan tengah Kalimantan serta membawa risiko peningkatan titik-titik panas dan asap jerebu di kawasan mudah terbakar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU