Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang berpangkalan di Singapura mengesan 77 titik panas kebakaran di Sarawak bagi tempoh antara 1 hingga 15 Ogos lepas, dengan bilangan titik panas tertinggi direkodkan sebanyak 36 pada 1 Ogos.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Hazland Abang Hipni berkata, bagi tempoh sama, sebanyak 2,153 titik panas turut dikesan di Kalimantan dengan bilangan tertinggi pada 5 Ogos iaitu sebanyak 376 titik panas.
“Pada tempoh 13-15 Ogos, tiada titik panas dikesan di Sarawak, manakala 424 titik panas dikesan di Kalimantan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Berita lanjut di https://suarasarawak.my/.