ARTIKEL

77,993 hektar tanah berjaya diukur pada 2022

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (Landas) Sarawak berjaya menyukat seluas 1.154 juta hektar Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi Seksyen 6 dan Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) secara kumulatif setakat 31 Januari lepas.

Pengarah Landas Sarawak Datuk Abdullah Julaihi berkata, sementara seluas 77,993 hektar tanah juga telah diukur merangkumi 22,627.58 kilometer (km) tahun lepas.

“Ia melibatkan projek-projek infrastruktur jalan raya, jajaran bekalan elektrik dan air, jajaran transit kereta api autonomi (ART) serta pewujudan tapak menara-menara komunikasi,” katanya.

MOU… Abang Johari (tengah) menyaksikan penyerahan MOU antara Landas dan MYSA. – Photo Aliff

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sidang Kemuncak Landas yang disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tadi.

Kemuncak Landas yang disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tad

Pada majlis tersebut, Abang Johari turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Landas bersama-sama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

BERUCAP… Abdullah bercakap pada Majlis Makan Malam Sidang Kemuncak Landas. – Photo Ukas

MoU tersebut dijalankan untuk perkongsian maklumat atau data imej satelit dengan resolusi 1.5 meter bagi menghasilkan peta litupan tanah terkini serta maklumat-maklumat lain.

Sementara itu kata Abdullah, kumpulan kerja ukur lapangan seramai 120 pasukan JTS dan 120 juruukur berlesen dengan kekuatan tidak kurang daripada 1200 personel bekerjasama menyelesaikan agihan tugas pengukuran berdasarkan keutamaan ditetapkan.

Katanya, usaha tersebut dijalankan bagi mengimbangi permintaan rakyat agar kerja pengukuran tanah NCR untuk Seksyen 6 dan Seksyen 18 dipercepatkan.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU