ARTIKEL

7,800 lesen doktor muda digantung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEOUL: Korea Selatan pada Selasa menyatakan ia akan mula memaklumkan doktor pelatih yang mogok bahawa lesen perubatan mereka akan digantung, apabila pihak berkuasa memulakan tindakan untuk menghukum ahli medik yang berhenti kerja di hospital sebagai protes terhadap pembaharuan latihan.

Ribuan doktor muda menyerahkan notis dan berhenti kerja dua minggu lalu untuk membantah peningkatan kemasukan ke sekolah perubatan mulai tahun depan yang menurut kerajaan bertujuan membantu memerangi kekurangan dan memenuhi permintaan masyarakat yang semakin tua.

Doktor pelatih yang mogok telah melanggar tarikh akhir kerajaan iaitu 29 Februari untuk mereka kembali bekerja atau menghadapi tindakan undang-undang, termasuk kemungkinan penangkapan atau penggantungan lesen perubatan mereka.

Kerajaan telah mengenal pasti kira-kira 7,800 doktor muda yang telah mengabaikan perintah kembali bekerja.

Pegawai akan menghantar pemberitahuan kepada mereka mengenai penggantungan lesen mereka yang belum selesai mulai Selasa, kata Naib Menteri Kesihatan Kedua Park Min-soo memberitahu sidang akhbar.

“Sebaik sahaja mereka melakukan pelanggaran terhadap perintah kembali bekerja disahkan, kami akan menghantar notis awal langkah pentadbiran mulai hari ini,” kata Park, merujuk kepada penggantungan lesen.

Data kerajaan menunjukkan walaupun diberi amaran penggantungan lesen, namun doktor muda yang mogok tidak kembali bekerja pada skala yang ketara.

Setakat Isnin, hampir 9,000 doktor pelatih masih mogok, satu angka yang tidak banyak berubah sejak dua minggu lalu, kata Park. “Kerajaan akan bertindak balas mengikut undang-undang dan prinsip untuk memastikan tindakan mengancam nyawa dan kesihatan rakyat tidak berulang,” kata Park.

Di bawah undang-undang Korea Selatan, doktor dilarang mogok, dan kerajaan telah meminta polis menyiasat orang yang berkaitan dengan mogok itu.

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU