Trending

798 jangkitan baharu minggu epid ke-33

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING : Sarawak terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 798 kes bagi minggu epid ke-33 berbanding 731 kes minggu epid ke-32

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan media hari ini berkata, ini menjadikan kes kumulatif setakat ini meningkat kepada 311,772 kes.

Katanya, sebanyak 778 kes tergolong dalam kategori 1 dan 2 manakala 20 kes dicatatkan dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Kuching kekal mencatatkan angka kes tertinggi berbanding kawasan lain bagi minggu ini dengan 242 kes, diikuti 110 kes di Miri, Sibu (138), Bintulu (113), Samarahan (31) dan Sarikei (20).

“Manakala, 17 kes dicatatkan di Bau, Mukah catat 11 kes; Dalat dan Sri Aman masing-masing enam kes, Lawas 8 kes, Serian 21 kes, Kapit dan Subis lapan kes manakala Saratok dan Marudi masing-masing satu kes.

Dalam pada itu, tiga kes kematian dilaporkan yang masing-masing melibatkan satu kes di Kuching dan dua kes di Sibu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru