ARTIKEL

Para peserta menunjukkan sijil penyertaan mereka selepas menamatkan kursus pembuatan tart nanas.

80 ibu tunggal sertai Program Latihan START-UP Curtin Malaysia, tingkatkan kemahiran keusahawanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seramai 80 ibu tunggal daripada Persatuan Ibu Tunggal Sarawak Cawangan Miri (PITSACM) telah menyertai Program Latihan START-UP anjuran Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia).

Menurut satu kenyataan daripada Curtin Malaysia, program yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Kesihatan, Kaunseling dan Kurang Upaya Curtin Malaysia itu, yang disokong oleh Jabatan Pengalaman Pelajar, adalah bertujuan untuk memperkasakan ibu tunggal.

Katanya, program itu dianjurkan khas bagi melengkapkan ibu tunggal dengan kemahiran dan pengetahuan penting, di samping menggalakkan pertumbuhan peribadi dan keusahawanan.

“Program yang diadakan ini menampilkan empat kelas praktikal, iaitu dua bengkel pembuatan roti atau pastri, kelas gubahan bunga dan kelas urutan terapi.

“Bagi pembuatan pastri, para pelajar belajar membuat tart nanas di bawah bimbingan Eka Labo, manakala kuih tradisional, iaitu kuih jala, dibimbing oleh Enam Labo.

“Untuk kelas gubahan bunga, para peserta diberi tunjuk ajar oleh Nurul Aidzza Fadzwin cara membuat jambangan bunga, manakala Donny dari Pusat Urut dan Refleksologi Buta berkongsi tentang asas urutan,” katanya.

Sementara itu, pengerusi penganjur, yang juga merupakan Kaunselor Kanan Perkhidmatan Kesihatan, Kaunseling dan Kurang Upaya Curtin Malaysia, Jessica Akang, mengatakan bahawa program yang dianjurkan itu memberi impak positif kepada para peserta.

Para peserta dibimbing untuk mempelajari cara serta teknik yang betul bagi menghasilkan jambangan bunga.

“Inisiatif pembangunan kemahiran ini diadakan khas bagi meningkatkan keupayaan ibu-ibu tunggal dan mendorong pertumbuhan profesional mereka.

“Dengan memupuk semangat pemerkasaan yang kuat, pihak kami menyediakan mereka dengan peralatan untuk mengejar peluang keusahawanan dengan semangat dan keyakinan.

“Malah, di Curtin Malaysia, kami berusaha mewujudkan persekitaran yang menyokong mana-mana ibu tunggal secara inklusif, dan mereka boleh berhubung, berkongsi pengalaman dan membina rangkaian sokongan yang teguh,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU