80 pelajar sekolah menengah positif dadah

KUCHING: Seramai 80 orang pelajar sekolah menengah di Sarawak dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata kesemua mereka telah dikesan positif menerusi ujian air kencing.

“Daripada jumlah tersebut, sembilan orang (11.25 peratus) telah berjaya membebaskan diri daripada penyalahgunaan dadah apabila air kencing mereka didapati negatif bagi ujian susulan kali yang kedua dan ketiga sepanjang mereka menjalani sesi rawatan, pemulihan dan kaunseling di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Berkala One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substan (MIDS) Negeri di pejabatnya, Bangunan Baitulmakmur 2 di sini, hari ini.

Suara Sarawak