Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

800 ikuti vaksinasi fasa kedua di Stadium Tertutup Sibu esok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SIBU: Stadium Tertutup Sibu telah dipilih menjadi Pusat Pemberian Vaksin bagi fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan dilaksanakan di Sibu esok (Isnin).

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee ketika sebentar tadi berkata, dianggarkan sekitar 700 ke 800 penerimanya yang dikategorikan golongan berisiko tinggi, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) akan divaksinkan selama sehari dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

“Ia diadakan selama sehari sahaja berikutan jumlah vaksin yang terhad.

“Bagaimanapun, kita bersyukur kerana Sibu dipilih menjadi bahagian pertama di fasa kedua di negeri ini untuk melaksanakan program tersebut,” jelas beliau yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Sekitar persiapan program permulaan Vaksinasi fasa kedua esok

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News