ARTIKEL

800 individu disuntik air, bukan vaksin di India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAMPALA: Siasatan pihak berkuasa Uganda menunjukkan 800 individu disuntik dengan air dan bukannya vaksin COVID-19, menurut laporan Agensi Anadolu.

Pengarah Unit Pemantauan Kesihatan di Kediaman Rasmi Presiden, Warren Naamara dalam temu bual media berkata, dua jururawat sudah ditahan kerana terbabit dalam penipuan itu.

Seorang doktor kini diburu selepas melarikan diri.

“Kita sudah menghantar vial (bebuli) yang disyaki mengandungi vaksin COVID-19 palsu kepada Direktorat Makmal Analitikal Kerajaan dan Lembaga Ubat-ubatan Kebangsaan (NDA) untuk analisis,” kata Naamara.

“NDA menghantar sampel yang disyaki mengandungi sampel itu kepada Institut Serum India (SII) untuk analisis. SII mengesahkan bahawa kumpulan vaksin yang dihantar itu mengandungi air dan bukannya vaksin.”

Beliau berkata, SII menegaskan bahawa bahawa ia tidak menghantarnya kepada Uganda.

Selain itu, SII juga mengesahkan bahawa label pada produk itu sudah dipalsukan.

Makmal Analitikal juga mengesahkan bahawa vaksin itu adalah palsu.

Laporan itu selepas pendedahan bahawa pihak berkuasa menerima maklumat bahawa suntikan vaksin COVID-19 palsu di hospital kerajaan pada Mei.

Sebilangan pihak yang terbabit ditangkap dan sampel dihantar ke makmal untuk ujian.

Seramai 800 pekerja yang menerima vaksin palsu itu adalah kakitangan syarikat swasta dan ia dibayar oleh oleh syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Uganda berkata, setakat ini, 90,656 kes COVID-19 disahkan di negara itu dengan 2,392 kematian.

Seramai 1,427,897 orang daripada 44 juta penduduknya sudah divaksin. – BERNAMA

BERITA LAIN

Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan praktik penting BRI

BEIJING: Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bakal menjadikan Kyrgyzstan sebagai sebuah negara transit yang mempunyai potensi amat besar, kata Perdana Menteri Kyrgyzstan Akylbek Japarov. Menurut Japarov, beliau turut

BERITA TERBARU

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62