ARTIKEL

800 mayat tersadai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ECUADOR: Polis mengeluarkan sekitar 800 mayat sejak beberapa minggu lalu dari rumah sekitar Guayaquil, iaitu pusat penyebaran pandemik Covid-19 di negara berkenaan, selepas semua rumah pengebumian dan hospital dipenuhi mayat pesakit.

Pekerja pengebumian dilaporkan gagal menangani lambakan mayat, manakala penduduk setempat terpaksa membiarkan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia tersadai di tepi jalan.

“Jumlah yang kami kutip melebihi 700,” kata Jorge Wated, ketua pasukan polis dan pegawai tentera ditubuhkan oleh kerajaan bagi membantu menangani pandemik berkenaan.

Menurut beliau, pasukan bertindak bersama itu menerima 771 mayat dari rumah persendirian dan sejumlah 631 lagi dari hospital, sejak memulakan operasi tiga minggu lalu.

Wated tidak memperincikan punca kematian pesakit, dengan 600 daripadanya sudah dikebumikan pihak berkuasa.

Ecuador merekodkan 7,500 kes Covid-19 sejak kali pertama disahkan pada 29 Februari. Wilayah Guaya di pinggir laut pula menyumbang kepada 70 peratus kadar jangkitan, dengan 4,000 kes terletak di ibu negara.

Polis dan tentera sudah mula bertindak mengeluarkan mayat dari rumah, tiga minggu selepas sistem pengebumian Ecuador lumpuh, menyebabkan perkhidmatan forensik tergendala, manakala perkhidmatan rumah pengebumian turut terjejas.

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU