84 individu ditangkap ceroboh negara melalui jalan tikus

PUTRAJAYA: Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lalu, sebanyak 84 orang telah ditangkap kerana mencerobohi negara ini melalui lorong tikus.

Menurut Menteri Pertahanan,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan sentiasa tegas dalam memastikan sempadan dan kedaulatan negara tidak dicerobohi.

“Justeru, pemantauan bagi mengawal sempadan termasuk lorong tikus terus diperhebatkan dan diperketatkan, “ katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

“Setiap agensi keselamatan terlibat dalam memperketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara terutamanya lorong tikus bagi mengelak pendatang tanpa izin membolosi sempadan negara, sekali gus membendung penularan Covid-19 dalam negara,’ katanya lagi.

Beliau juga  menjelaskan, individu yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana mengingkari PKP mula tiba di penjara bagi menjalani hukuman, kata

Kata menteri kanan itu, penjara khas berkenaan –  bangunan Akademi Penjara yang diwartakan sebagai pusat tahanan – sudah mula beroperasi.

“Sehingga kini, 58 individu dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah atas kesalahan ingkar PKP, dantelah dihantar ke penjara sementara tersebut,” katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan 11 penjara khas untuk menempatkan pesalah PKP setelah mereka dihukum penjara oleh mahkamah.

Suara Sarawak