ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG...Datuk Seri Abdul Karim (tengah) bersama yang lain selesai sidang media. - FOTO ALIF NONI

84 pemain golf remaja rebut kejuaraan yang menjanjikan hadiah wang tunai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 84 orang pemain remaja akan berentap bagi memburu kejuaraan dalam Kejohanan Golf Remaja Antara Negeri, Persatuan Golf Amatur Bumiputera Sarawak (PGABS) 2024 yang akan berlangsung dari 4 hingga 7 Mac ini di Kelab Golf Sarawak (KGS), Petra Jaya.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, himpunan pemain yang beraksi dalam kejohanan empat hari itu mencakupi 56 pemain lelaki selain 28 wanita yang mewakili pelbagai negeri iaitu pasukan Sarawak selaku tuan rumah.

Di samping Perlis, Perak, Sabah, Kedah, Pahang, Melaka, Wilayah Persekutuan, PGABS serta wakil negara jiran Brunei Darussalam.

Menurut Karim, kejohanan anjuran PGABS dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) mempertandingkan beberapa kategori.

Antaranya, individu lelaki, individu wanita, berpasukan lelaki dan berpasukan wanita.

Dengan hadiah wang tunai untuk pemenang tempat pertama hingga kelapan bagi kategori individu lelaki dan wanita.

Hadiah wang tunai juga untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga kategori berpasukan lelaki dan wanita.

Hadir sama pada sidang media itu sebentar tadi Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Presiden PGABS, Irwan Zulkarnain Muhd. Hasbie dan beberapa barisan exco lain.

BERITA LAIN

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU