85 anggota polis sertai latihan kenali autisme

KUCHING: Seramai 85 anggota polis Ibu Pejabat Padawan menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP) Kenali Autisme di Sekolah Latihan Kontijen Sarawak, hari ini.

Majlis ringkas yang diadakan sekitar jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Polis Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan.

“Tujuan LDP diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan anggota polis dalam menjalankan pengendalian tugas berkaitan autisme.

“Disamping itu, program ini turut memberi pengetahuan garis panduan anggota bagaimana untuk berurusan dan berkomunikasi dengan golongan austime,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, tiga penceramah khas telah dijemput pihak penganjur dalam memberikan maklumat terperinci mengenai ciri-ciri pesakit berkenaan.

Antara penceramah jemputan yang hadir ialah, Wakil Persatuan Austisme Kuching, Dino Liew, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ali Taib, dan Dr Lim Boon Chuan, Pakar Pediatrik Hospital Umum Sarawak.

Hadir bersama, wakil Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik Padawan, Inspektor Nyaum Ringkai sebagai jemputan memberi penerangan mengenai garis panduan Polis Diraja Malaysia(PDRM) dalam berurusan dengan individu austisme.

Ketua Polis Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan (dua dari kanan) bergambar kenang-kenangan bersama 85 peserta LAtihan Dalam Perkhidmatan Kenali Austisme.