ARTIKEL

KONGSI KESEDIHAN... Tun Dr Wan Junaidi, Sultan Hassanal Bolkiah dan Putera Abdul Mateen di samping Toh Puan Raghad melihat Abang Johari menyiram pusara Tun Taib. • Foto GHAZALI BUJANG

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tiba di Masjid Demak.

Ketibaan jenazah jam 11.58 pagi turut diiringi kehadiran Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta barisan pemimpin yang lain.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir bagi menzahirkan penghormatan terakhir sehingga selesai upacara pengebumian Tun Taib di sini, semalam.

Turut kelihatan, isteri arwah Toh Puan Raghad Kurdi Taib serta ahli keluarga serta tetamu-tetamu yang lain dalam keadaan sayu.

Berkumandang azan solat Zohor, hadirin berjemaah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam sebelum menyempurnakan solat jenazah.

Seusai itu, jenazah Allahyarham diangkat oleh lapan pengusung terdiri daripada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penuh istiadat.

Diketuai Pegawai Memerintah 71 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja, Kem Penrissen Lama, Kuching, Leftenan Kolonel Mohammad Jeffry Abdullah @ Jeffry Lin Sin, jenazah diusung ke tapak pengebumian keluarga berhampiran masjid untuk disemadikan.

Dalam pada itu, sebanyak 87 das meriam dilepaskan di enam lokasi bermula dari Kubu Margherita, diikuti kawasan DUN Lama, Kolej Abdillah, Wisma Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Wisma Sabati dan terakhir di kawasan Demak, semalam.

Sementara, 17 das meriam dilepaskan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Rabu bagi menandakan pengisytiharan kemangkatan Allahyarham Tun Taib.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan