87,000 barisan hadapan akan mendapat suntikan vaksin Covid-19 menjelang bulan Mac hadapan

KUCHING: Seramai 87,000 barisan hadapan akan mendapat suntikan vaksin Covid-19 menjelang bulan Mac hadapan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, fasa pertama suntikan vaksin bagi barisan hadapan akan bermula akhir bulan Febuari ini.

“Semua bahagian di Sarawak akan bekerjasama dengan JPBNS sebagai persediaan, koordinasi dan kerjasama yang diperlukan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuklah orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada semua doktor, jururawat, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), pejabat Residen, Sekretariat JPBNS kerana bekerja pada malam sambutan Tahun Baru Cina.

“Komitmen dan dedikasi barisan hadapan kita ini amat luar biasa dalam menjalankan tugas yang diberikan,” ujarnya.

Suara Sarawak