ARTIKEL

Kim Shin (dua kanan) menunjukkan statistik kes kemalangan jalan raya yang berlaku di Miri sepanjang tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

871 kes kemalangan jalan raya dicatatkan di Miri dari Jan-Mac, 15 kemalangan maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Miri mencatatkan sebanyak 871 jumlah kes kemalangan jalan raya sepanjang tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin, berkata daripada keseluruhan jumlah kes kemalangan jalan raya yang berlaku di Miri, 15 daripadanya melibatkan kemalangan maut.

“Saya difahamkan oleh pihak polis bahawa enam kes yang melibatkan kemalangan maut berlaku di Jalan Miri-Bintulu.

“Manakala, selebihnya pula berlaku di Jalan Pesisiran dan juga di jalan raya sekitar bandar raya Miri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Bahagian Miri Sempena Sambutan Perayaan di sini semalam. 

Dalam pada itu, beliau juga mendedahkan, daripada statistik yang telah dinyatakan, terdapat beberapa punca atau faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan jalan raya.

Kim Shin (topi merah) memberikan sumbangan daripada pihak Shell kepada pengguna jalan raya.

“Antaranya adalah kelalaian dan kecuaian pemandu itu sendiri, pertambahan jumlah kenderaan yang berada di atas jalan raya, dan faktor cuaca, jalan dan bentuk muka bumi.

“Menyedari hal tersebut, pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) telah melaksanakan kempen seperti ini kerana keselamatan para pengguna jalan raya, khususnya semasa musim perayaan, amat dititikberatkan.

“Pihak kerajaan juga sentiasa memastikan agar pengguna jalan raya sentiasa diberikan pendidikan mengenai pentingnya mematuhi peraturan jalan raya dan menyemai sikap mengamalkan pemanduan berhemah sepanjang masa,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau juga menasihatkan serta menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengambil langkah keselamatan semasa perjalanan pulang ke kampung halaman.

Katanya, ini termasuk menggunakan alat keselamatan seperti topi keledar yang telah diluluskan pihak berkuasa dan sentiasa memasangkan tali pinggang keledar bagi pemandu kereta.

BERITA LAIN

Festival SAGO pupuk inovasi terhadap usahawan

KUCHING: Pesta Gastronomi Sarawak (SAGO) tahun ini dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Julai ini, manakala Pesta Tuak Borneo diadakan pada 14 hingga 17 September

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga