ARTIKEL

87,282 didaftar percuma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KLANG: Sebanyak 87,282 perniagaan dari seluruh negara telah didaftarkan menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) dari 1 Jan 2021 hingga 31 Nov lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ahmad Sabki Yusof berkata daripada jumlah tersebut, kira-kira 50,782 merupakan golongan usahawan B40 manakala bakinya merupakan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.

Ahmad Sabki berkata SPPP yang diperkenalkan pada 23 Dis 2020 itu merupakan inisiatif SSM bagi membolehkan usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftarkan perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan pengecualian fi.

“Untuk SPPP ini, kebanyakannya perniagaan berbentuk runcit, gerai makan kecil-kecilan di tepi jalan (yang banyak berdaftar).

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua peniaga yang belum lagi mendaftarkan perniagaan mereka untuk mengambil peluang berbuat demikian bagi menikmati manfaat berkenaan,” katanya selepas merasmikan Program Semarak Daya Niaga Usahawan di Kang.

Dalam pada itu, Ahmad Sabki berkata sejumlah 2.2 juta perniagaan, 369,671 syarikat diperbadankan dan 15,114 perkongsian liabiliti terhad telah direkodkan berdaftar dengan SSM Selangor setakat 31 Okt lepas. – Bernama 

LAIN-LAIN BERITA

Swift Haulage sasar sumbangan pergudangan naik 25 peratus

KLANG: Swift Haulage Bhd menyasarkan sumbangan daripada segmen perkhidmatan pergudangan dan depoh kontena naik 25 peratus berbanding 15 peratus pada masa ini. Ketika ini perkhidmatan pengangkutan kontena dan

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta