ARTIKEL

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah.

88 klinik di S’wak berminat dilantik jadi klinik panel skim Manfaat Kesihatan Warga Emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 88 klinik di seluruh Sarawak bersetuju dan berminat dilantik sebagai klinik panel bagi skim Manfaat Kesihatan untuk Warga Emas (SCHB).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) membuat tinjauan di beberapa klinik kesihatan di negeri ini untuk menjadi panel kepada skim tersebut.

“Jumlah 88 klinik yang bersetuju ini melibatkan 37 buah klinik di Kuching, Miri (20 buah), Sibu (enam) dan masing-masing lima di Samarahan dan Sri Aman.

“Selain, tiga buah klinik panel di Sarikei, Bintulu dan Limbang. Seterusnya, dua di Serian dan Mukah serta masing-masing satu di Betong dan Kapit.

“Besar harapan agar lebih banyak klinik kesihatan di seluruh negeri bersetuju menjadi klinik panel bagi inisiatif ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media SCHB di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

Sehubungan itu, seramai 91,667 warga emas bakal menerima manfaat berkenaan bermula 1 Julai ini.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 26,427 orang terdiri daripada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), manakala 65,240 merupakan penerima bantuan e-kasih dan individu miskin tegar atau miskin yang melepasi umur 60 tahun.

“Berbeza dengan Kenyalang Gold Card (KGC), SCHB menyasarkan golongan berpendapatan isi rumah bawah RM7,000 melibatkan kategori B40 dan M40, manakala KGC untuk kegunaan semua warga emas.

“Kemudahan ini menawarkan RM500 kepada semua warga emas (yang layak) bagi tujuan pemeriksaan kesihatan yang ditetapkan bagi tempoh satu tahun,” katanya.

Mengulas berkaitan syarat kelayakan bagi skim SCHB, Fatimah memberitahu individu berkenaan perlu melepasi usia 60 tahun dan merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai status ‘K’ pada kad pengenalan.

Penerima manfaat ini juga perlu memiliki KGC dan tidak mendapat pembiayaan atau perlindungan rawatan pesakit luar daripada agensi lain.

Dalam pada itu, Fatimah mendedahkan SCHB menawarkan manfaat kepada warga emas dari segi perkhidmatan perubatan pesakit luar di Klinik Swasta (Pengamal Am) untuk masalah kesihatan seperti demam dan selesema, sakit kepala, cirit-birit dan muntah, terseliuh, iritasi ringan pada kulit (alergik/gatal), gout, trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

Fatimah bersama-sama yang lain ketika berbincang dalam mesyuarat SCHB.

Selain, cabutan, tampalan dan gigi palsu di klinik gigi dengan caj minimum bagi pembuatan gigi palsu ialah RM250.

Rawatan yang tidak termasuk dalam SCHB pula melibatkan rawatan susulan bagi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin seperti darah tinggi, kencing manis; rawatan susulan penyakit kronik dan saringan kesihatan yang memerlukan sampel untuk dihantar ke ujian makmal.

“Seterusnya, Teleperubatan (Telemedicine – perkhidmatan penjagaan kesihatan maya), rawatan estetik untuk kecantikan dan penggunaan ambulans juga tidak termasuk dalam SCHB,” katanya.

BERITA LAIN

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan antara yang mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini kepada seluruh rakyat

BERITA TERBARU

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)