ARTIKEL

89 kes Covid-19 dilaporkan, menurun berbanding 110 kes minggu lepas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 89 kes Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 324,286 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding jumlah kes baharu pada minggu epidemik ke-3 iaitu 110 kes.

“Sebanyak 83 kes direkodkan tergolong dalam kategori klinikal satu dan dua, manakala enam kes kategori klinikal tiga, empat dan lima,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Kuching kekal mencatatkan kes tertinggi sebanyak 35 kes, diikuti Sibu (10), Miri (11), Bintulu (5), Dalat (4), Serian (4), Samarahan (3).

Manakala, masing-masing merekodkan dua kes di Sarikei, Mukah, Selangau, Simunjan dan Kanowit.

“Bau, Betong, Bukit Mabong, Lubok Antu, Siburan, Meradong dan Telang Usan masing-masing mencatatkan satu kes,” jelasnya.

Dalam pada itu, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Sarawak pada minggu epidemik ke-4.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU