ARTIKEL

9 terbunuh dalam ketegangan di sempadan Kashmir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRINAGAR: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam tembakan di sepanjang sempadan Kashmir pada Ahad, kata pegawai, menyebabkan jumlah kematian meningkat dalam beberapa hari setelah New Delhi melonggarkan perintah berkurung di wilayah pertikaian itu.

Ketegangan meningkat antara kedua-dua negara berjiran itu selepas India membatalkan kuasa autonomi Kashmir pada 5 Ogos dan mengenakan sekatan komunikasi dan pergerakan untuk membendung kekacauan.

Pegawai kedua-dua negara itu saling tuduh-menuduh melancarkan tembakan mortar dan senjata kecil di sepanjang garisan sempadan dikenali sebagai Line of Control.

“Dua askar dan seorang awam terbunuh manakala tiga yang lain cedera dalam tembakan tanpa provokasi oleh Pakistan,” kata jurucakap Tentera India, Kolonel Rajesh Kalia kepada AFP mengenai tembakan di daerah Kupwara di wilayah pergunungan Tangdhar.

Beberapa rumah rosak dalam serangan itu dan tiga orang awam dirawat di hospital, tambahnya. Pegawai di Kashmir ditadbir Pakistan pula memberitahu AFP enam orang awam terbunuh dan lapan yang lain cedera di Muzaffarabad dan Neelum Valley.

“Bedilan mortar mengenai rumah penduduk awam dan setakat ini lima orang mati di Muzzafarabad manakala enam yang lain cedera,” kata timbalan pesuruhjaya Muzaffarabad, Badar Munir. Menurut Munir, mereka yang mati termasuk tiga sekeluarga.

Pegawai Neelum Valley, Akhtar Ayub berkata seorang penduduk awam terbunuh dan dua cedera.

Bedilan mortar itu berlaku selepas lima orang terbunuh di Kashmir India pada Rabu lalu, dua hari selepas New Delhi memulihkan rangkaian perhubungan telekomunikasi telefon bimbit dan perkhidmatan pesanan ringkas.

Pihak berkuasa India sering mengulangi bahawa keadaan di Kashmir aman sepanjang perintah berkurung. Wilayah Kashmir terpisah antara India dan Pakistan sejak 1947 dan mencetuskan dua peperangan serta menjadi punca persengketaan antara kedua-dua negara itu.-AFP

BERITA LAIN

SIA ambil pendekatan lebih berhati-hati

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) mengambil keputusan menghentikan khidmat menyediakan makanan apabila isyarat tali pinggang keledar dinyalakan sebagai sebahagian daripada pendekatan lebih berhatihati selepas insiden penerbangan

Unit antikeganasan Indonesia tingkat kewaspadaan

JAKARTA: Unit antikeganasan polis elit Indonesia (Densus 88), mengesahkan semula komitmennya untuk memantau dengan teliti aktiviti pengganas di negara itu berikutan serangan terbaharu di sebuah

Empat korban runtuhan bumbung restoran

PALMA: Runtuhan bumbung sebuah restoran di pulau pelancongan terkenal Mallorca di Sepanyol pada Khamis mengorbangkan empat jiwa, manakala 21 yang lain cedera, menurut penyelamat tempatan.

BERITA TERBARU