ARTIKEL

90 peratus kunci rumah Fasa Lima Borneo Samariang Garden diserahkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Hampir 90 peratus daripada 153 orang pembeli perumahan Fasa Lima (B23) Borneo Samariang Garden telah menerima kunci rumah mereka sejak November lalu sehingga Januari, tahun ini.

Pengerusi Interim Persatuan Komunitinya, Hafeez Morni berkata, hampir separuh daripada jumlah sebenar penduduk telah mendiami perumahan tersebut setakat ini.

“Bersyukur kerana penduduk di Fasa Lima rata-ratanya telah menerima kunci dalam keadaan rumah yang sempurna berbanding yang lain berkat usaha perjuangan kita sejak dari tahun 2019.

“Terima kasih kepada ADUN Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri, dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta penduduk kejiranan komuniti kerana tidak putus-putus memperjuangkan perkara ini sehingga akhirnya berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Komuniti Fasa Lima Borneo Samariang Garden di Lorong Ceria 4d, Borneo Samariang Garden, di sini, hari ini.

Tegasnya, semangat kejiranan yang tinggi dalam kalangan komuniti di situ telah memberi kesan besar terhadap perjuangan mereka, sekali gus berharap agar ikatan kekitaan antara mereka akan terus terjalin hingga ke akhir hayat.

Dalam perkembangan sama, beliau menyeru bagi mana-mana pembeli perumahan Fasa Lima itu yang masih gagal mendapatkan kunci rumah untuk melaporkan kepada mereka.

“Bagi mana-mana pembeli yang masih belum mendapat kunci boleh merujuk kami supaya masalah ini dapat diatasi secara bersama-sama,” katanya.

BERCAKAP… Pengerusi Interim Persatuan Komuniti Fasa Lima Borneo Samariang Garden, Hafeez Morni berucap pada majlis

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta