“(Subsidi) tidak dikurangkan bagi majoriti rakyat dan 90 peratus tidak terkesan.
Malah, kadar elektrik bagi industri sederhana kecil (IKS) dan makanan tidak dinaikkan,” kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sesi Pertanyaan di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdapat golongan tertentu menjalankan kempen berkaitan pengurangan subsidi kepada semua lapisan masyarakat.
“Saya kurang faham, mana kurangnya subsidi? Kita kurangkan (elektrik dan haji) bagi golongan kaya (T20), bukan untuk rakyat, tapi hanya bagi golongan maha kaya,” ujar beliau.
Beliau menegaskan pendekatan itu terpaksa dibuat bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat golongan B40 dan M40.