DALAT: Sembilan puluh belia,kanak-kanak dan warga emas menyertai Bengkel Tarian Melanau dan Poco-poco anjuran Belia Wanita Kampung Sungai Kut Muara, di sini.
Jurucakap Pusat Khidmat Dalat dalam satu kenyataan berkata, bengkel dua hari itu diadakan di Dewan Serba Guna
Kampung Sungai Kut Muara.
Menurutnya selain bengkel tarian, turut diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Majlis perasmian dan penyampaian sijil penyertaan disempurnakan oleh Ketua Kaum Muhlis Jalim.
“Tahniah kepada belia serta penduduk Kampung Sungai Kut Muara kerana berjaya mengadakan bengkel ini,” kata
Muhlis.