ARTIKEL

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa melawat ruang pameran selepas merasmikan Healthcare Facility Management Conference

91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf – DR Zaliha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Sebanyak 91 klinik di seluruh negara yang dikategorikan sebagai daif telah siap dibaik pulih sepenuhnya, manakala 341 klinik dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini dan empat lagi masih dalam proses perolehan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata kira-kira 1,200 klinik daif disenaraikan untuk kerja baik pulih dan naik taraf yang akan dilaksanakan secara berfasa serta melibatkan peruntukan lebih RM110 juta, dengan perlaksanaan kerja bermula tahun ini di 436 klinik dan lebih 300 klinik pada tahun depan.

 “Senarai klinik daif paling banyak diterima dari Terengganu membabitkan 58 klinik, diikuti Negeri Sembilan iaitu 44 klinik dan masing-masing 42 klinik di Perak dan Pahang,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di sini hari ini.

Pada 3 Julai lepas, Majlis Tindakan Malaysia MADANI mengumumkan tumpuan kepada dua projek di bawah inisiatif Ekonomi MADANI iaitu menaik taraf fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan memperluas pelaksanaan Gerai MADANI.

Sementara itu, Dr Zaliha memberi jaminan bahawa proses perpindahan kakitangan perubatan yang sedang dilaksanakan ketika ini tidak menjejaskan perkhidmatan di fasiliti KKM terutama di sekitar Lembah Klang.

“Kita sedang melakukan exercise memindahkan petugas kesihatan khususnya di Sabah dan Sarawak untuk memenuhi keperluan petugas kesihatan di fasiliti kita, jadi di mana kekosongan yang berlaku di Semenanjung ini akan segera dipenuhi untuk memastikan perkhidmatan kesihatan kita tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita yang mendakwa terdapat pemindahan penempatan untuk kira-kira 1,000 pegawai perubatan di hospital di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, yang dibimbangi akan memberi kesan kepada perkhidmatan kesihatan di Lembah Klang.

Sementara itu, Dr Zaliha memberi jaminan bahawa bekalan ubat dan bukan ubat kepada semua kemudahan KKM tidak terjejas ekoran status syarikat farmaseutikal Pharmaniaga Bhd di bawah Nota Amalan 17 (PN17) ketika ini kerana mengalami masalah kewangan.

Katanya, Pharmaniaga, yang diklasifikasikan di bawah PN17 akhir tahun lepas, ketika ini hanya terlibat dalam pengedaran atau logistik.

“Kita (KKM) ada beberapa cara juga untuk perkhidmatan farmaseutikal ini (termasuk) dengan berurusan terus dengan syarikat-syarikat terlibat, jadi memang tidak memberi kesan terhadap pembelian atau pembekalan ubat,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

BERITA TERBARU

Tarikan aktiviti pendakian

MENDAKI merupakan salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan. Aktiviti ini sesuai dilakukan secara berkumpulan untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi.

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk