ARTIKEL

924 warga emas Bahagian Sibu terima suntikan Pfizer-BioNTech

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seramai 924 warga emas di Bahagian Sibu diberikan vaksin Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi Fasa II bertempat di Pusat Pemberian Vaksin, Stadium Tertutup Sibu hari ini (Isnin).

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapaee berkata, fasa kedua program imunisasi ini adalah melibatkan untuk warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Beliau berkata, ia melibatkan mereka yang berumur 75 tahun ke atas.

DR Annuar (empat kanan) dan Robert Lau (dua kiri) bersama-sama melancarkan program vaksinasi fasa kedua di Sibu.

“Namun, untuk 924 penerima hari ini, mereka semua adalah warga emas berusia 75 tahun ke atas dan akan menerima dos kedua mereka dalam masa tiga minggu lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa II di Stadium Tertutup Sibu, hari ini (Isnin).

Hadir sama ialah Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew, Pemangku Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng dan Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun.

Program selama sehari itu diadakan dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi mengatakan pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) kini masih menunggu senarai OKU yang akan menerima vaksin tersebut.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Apr 2021

DR Annuar (tiga kanan) menerima cenderamata dari Dr Teh .

BERITA LAIN

BERITA TERBARU