HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

93.8 peratus populasi dewasa Malaysia kini lengkap divaksin

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR:  Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencecah 21,960,911 orang atau 93.8 peratus setakat 11.59 malam tadi, demikian menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW.

Dalam tempoh sama, sebanyak 97.2 peratus populasi dewasa atau 22,745,310 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 134,180 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja yang menjadikan kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 47,838,886.

Sementara itu, 2,662 dos penggalak kepada kumpulan sasar turut diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak diberikan kini 21,477.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 806,330 individu atau 25.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 2,463,207 individu atau 78.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas. -Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru

Zii Jia kembali ke BAM?

PERSOALAN sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke