ARTIKEL

95 peratus anjing seluruh S’wak divaksin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) dan Pasukan Immune Belt Enforcement Team (IBET) telah menvaksin 95 peratus anjing di seluruh negeri dalam usaha menangani wabak rabies.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kadar pemberian vaksin tersebut turut merangkumi anjing yang belum didaftarkan dan diberikan lesen agar mempunyai data anjing yang telah divaksinkan.

Selain itu katanya, pendidikan dan libat urus kedua-dua agensi kepada komuniti turut memainkan peranan tentang kepentingan pemberian vaksin rabies kepada anjing dan bahaya wabak tersebut.

“JPVS melawat kawasan pedalaman Sarawak, duduk bersemuka dengan komuniti dan juga ketua kampung untuk mendapatkan jumlah anjing yang dipelihara mereka.

“Mereka turut menerangkan mengapa anjing perlu divaksin dan program itu diadkana secara percuma menyebabkan komuniti bersetuju,” katanya berucap sempena penutupan Persidangan Haiwan Asia Sarawak (AfA) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Rundi berkata, meskipun program pemberian vaksin diberikan secara percuma dilaksanakan oleh IBET, Sarawak masih berdepan dengan kematian akibat wabak tersebut.

“Kita terus bergerak dari kawasan bandar ke kawasan luar bandar. Ia memerlukan input dan sumbangan daripada pemilik anjing dan pihak majlis dalam menangani perkara ini namun kita perlu membelanjakan wang.

“Bagaimanapun, saya gembira bahawa pagi tadi Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi peruntukkan untuk program ini,” katanya.

Persidangan Haiwan Asia Sarawak (AfA) 2023 bertemakan “Pendidikan dan Pengelibatan Membawa Perubahan”, menyaksikan seramai 400 delegasi dan 82 pencerarmah dari 23 negara berhimpun di BCCK.

Persidangan tersebut menerokai pelbagai inisiatif, kajian, kempen dan projek penyelidikan yang memberi kesan yang menekankan hubungan mendalam antara haiwan, pendidikan, penglibatan dan transformasi positif yang berlaku.

Persidangan itu disokong oleh Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Acara Perniagaan Sarawak.

Turut hadir, Presiden Asia for Animals Coalition Dave Neale, Presiden Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Sarawak Datin Dona Drury Wee dan Penganjur Persidangan Gracie Geikie.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega