ARTIKEL

98 peratus rakyat patuh SOP PKP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 400 Pasukan Pematuhan Op Covid-19 Polis telah diatur gerak bagi menjalankan pemeriksaan di 3,132 kawasan seluruh Sarawak, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata hasil daripada tindakan pemantauan itu sebanyak 18 denda kompaun akibat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan.

Bagaimanapun tegasnya majoriti masyarakat dilihat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, hasil pemantauan polis mendapati kepatuhan meningkat kepada 98 peratus.

Sementara itu, katanya semalam pihak polis telah menerima sebanyak 1,194 permohonan permit polis di mana 976 diluluskan dan selebihnya (218) ditolak.

Bagi operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) katanya, sejumlah 15,879 kenderaan telah diperiksa di 49 pos SJR yang didirikan di seluruh negeri ini.

Ujarnya, sebanyak 115 buah kenderaan telah diarah berpatah balik.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya