98,000 belanja tanpa tunai

KUCHING: Sebanyak RM47 juta transaksi perdagangan aplikasi Boost iaitu anak syarikat Axiata Digital Services Sdn Bhd direkodkan di Sarawak bagi tahun 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Mohd Khairil Abdullah berkata, aplikasi e-Dompet itu beroperasi sejak dua tahun lalu termasuk diperkenal di Sarawak.

“Sarawak menjadi negeri kedua tertinggi menggunakan aplikasi e-Dompet iaitu kira-kira RM250 seminggu berbanding RM47 seminggu pada tahun lepas. Dalam menyahut cabaran tanpa tunai orang ramai kita sudah merekodkan kira-kira 98,000 pengguna dan 400 peniaga menggunakan aplikasi boost di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis makan tengah hari bersama-sama media di Bangunan Mahkamah Lama di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau penggunaan aplikasi boost di Sarawak mendapat reaksi yang positif serta sambutan yang menggalakkan oleh pihak pengguna. “Kami sangat mengalu-alukan sekiranya mendapat peluang untuk bekerjasama Sarawak Pay atau mana-mana agensi e-Dompet sedia ada,” jelasnya lagi.

Khairil turut berpendapat bahawa aplikasi boost bukan sahaja dapat membantu masyarakat setempat dalam urrusan pembayaran justeru ia turut memudahkkan peniaga secara kecil-kecilan dalam menerapkan teknologi.

Aplikasi boost turut menawarkan insentif melalui kaedah goncang untuk mengurangkan pembayaran secara tunai.