ARTIKEL

INFO...Infografik pendaftaran terkini rakyat Malaysia dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU)

99, 145 rakyat Sarawak sudah daftar PADU, ketiga tertinggi di Malaysia.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 99, 145 rakyat Sarawak telah berdaftar dan mengemas kini maklumat di bawah sistem Pangkalan Data Utama (PADU), setakat jam 12 tengah malam tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh PADU dalam satu infografik menunjukkan Sarawak menjadi negeri ketiga tertinggi telah mendaftar di bawah sistem PADU selepas Johor (107,259) dan Selangor (214, 467).

“Tahniah kepada anda semua yang telah mendaftar dan menjadi sebahagian daripada yang menjayakan pelaksanaan PADU.

“Sehingga 11 Januari 2024 jam 11.59 malam, jumlah individu di Malaysia yang telah berjaya mendaftar di sistem PADU adalah seramai 996, 926 orang,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut menyediakan pautan digital bagi pelaksanaan pendaftaran dan kemas kini secara dalam talian di bawah pautan www.padu.gov.my.

Sementara menurut Jabataan Perangkaan Malaysia (DOSM), PADU dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2 Januari lalu bertujuan menjadi sumber primer kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.

Di Sarawak, kaunter PADU terdapat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan DOSM Negeri Sarawak yang berhampiran.

Antaranya, DOSM Kuching (PSI), DOSM Miri, DOSM Sibu, DOSM Bintulu, DOSM Sarikei, DOSM Sri Aman, DOSM Kapit, dan DOSM Limbang.

Bagi kaunter PEDi di zon selatan, orang ramai boleh berkunjung ke PEDi Bako, PEDI Pekan Asajaya, PEDi Sadong Jaya, PEDi Bogag, PEDi Tanjong Bowang, Rakan Digital PEDi Kampung Bra’ang Bayur, PEDi Kampung Stungkor Baru, Kampung Niup, Balai Ringin, Kg Lebor, dan PEDi Kampung Gedong.

Bagi zon tengah, ia merangkumi kampung Muhibbah, PEDi Nanga Sekuau, kampung Judan, PEDi Kampung Kuala Hilir Oya, kampung Sungai Ragei, Pekan Pakan, Kampung Ulu Manding, kampung Selalang, PEDi Bayong, PEDi Lubok Antu, PEDi Batu Lintang, PEDi Song, Sungai Melekun, dan pekan Sebauh.

Manakala zon utara meliputi kampung Maritam, PEDi kampung Pahlawan, pekan Beluru, dan PEDi Bekenu.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU