ARTIKEL

Datuk Seri John Sikie Tayai bersama-sama Datuk Rolland Duat Jubin dan tetamu jemputan memotong kek pada Majlis Makan Malam Solidariti GPS di Stadium Kompleks Sukan Julau, semalam.

Sokongan rakyat pacu momentum pembangunan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Sokongan berterusan rakyat penting bagi membolehkan kerajaan Sarawak mengekalkan momentum pembangunan yang mampu memberi manfaat dalam jangka panjang.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri John Sikie Tayai, berkata keyakinan rakyat perlu disokong dengan kesepaduan parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memastikan agenda pembangunan dapat diteruskan secara konsisten.

Katanya, kerjasama erat antara Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan PRS penting bagi memperkukuh gerak kerja kerajaan serta memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat diterjemahkan kepada pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kesepakatan dalam gabungan perlu diteruskan melalui komitmen dan tindakan bersama supaya dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta hasil pembangunan dapat dirasai rakyat,” katanya pada Majlis Makan Malam Solidariti GPS di Stadium Kompleks Sukan Julau, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Premier Sarawak berkata, pembangunan negeri terus dirancang secara menyeluruh dengan memberi perhatian kepada keperluan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar, termasuk aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan serta ekonomi.

Katanya, kawasan DUN Meluan turut menerima pelbagai manfaat menerusi perancangan kerajaan, selaras usaha meningkatkan kemudahan awam dan kesejahteraan penduduk setempat.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk DUN Meluan terus memberi sokongan kepada ADUN kawasan berkenaan, Datuk Rolland Duat Jubin, bagi memastikan usaha pembangunan dan kepentingan rakyat dapat terus diberi perhatian.

Majlis itu turut menghimpunkan pemimpin, wakil serta penyokong keempat-empat parti komponen GPS sebagai wadah memperkukuh hubungan dan semangat kebersamaan dalam gabungan berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

WFL FC menang bergaya

BINTULU: Akademi WFL FC menutup kempen Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Jepak Primary School