ARTIKEL

Abang Johari merasmikan Majlis Makan Malam sambutan ulang tahun ke-40 DUBS di sini, malam tadi | Foto: Ramidi Subari

Kerajaan Sarawak Bantu DUBS Bina Bangunan Baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membantu Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) membangunkan bangunan baharu di Jalan Ong Tiang Swee, di sini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata bangunan itu perlu mencerminkan kualiti DUBS sebagai sebuah organisasi yang mewakili komuniti usahawan Bumiputera Sarawak.

“Saya sudah memberitahu kepada DUBS, mereka mesti mempunyai bangunan yang baik dan berwibawa yang mencerminkan kualiti DUBS.

“Pejabat baharu DUBS itu dibina berdekatan bangunan Dayak Chamber of Commerce and Industry (DCCI),” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam sambutan ulang tahun ke-40 DUBS di sini, malam tadi.

Jelasnya, bangunan berkenaan bukan sekadar menjadi tempat operasi DUBS, tetapi perlu mencerminkan kualiti serta bidang perniagaan yang diceburi ahlinya.

Abang Johari merasmikan Majlis Makan Malam sambutan ulang tahun ke-40 DUBS di sini, malam tadi | Foto: Ramidi Subari

Abang Johari berkata penubuhan DUBS 40 tahun lalu berlaku pada tempoh penting dalam pembangunan ekonomi Sarawak apabila kerajaan negeri mula mempelbagaikan ekonomi yang sebelum itu banyak bergantung kepada sektor pertanian.

Katanya, ketika itu, arwah Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak menyasarkan proses perindustrian bagi mengurangkan kebergantungan ekonomi negeri kepada pertanian.

Beliau berkata perkembangan berkenaan turut membawa kepada penubuhan Kementerian Perindustrian pada 1987 serta pembangunan kawasan perindustrian termasuk Pending dan Samajaya.

Beliau berkata, keadaan ekonomi kini sudah berubah dengan dunia berdepan cabaran perubahan iklim dan keselamatan makanan yang turut memberi kesan kepada pembangunan ekonomi.

Justeru, katanya komuniti perniagaan Sarawak perlu bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan berkenaan serta meneroka bidang baharu yang mempunyai potensi ekonomi.

Beliau berkata kekuatan Sarawak dalam tenaga boleh baharu, semikonduktor, pembuatan maju, pertanian berteknologi dan sektor perkhidmatan membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan.

Abang Johari berkata usahawan tidak boleh hanya bergantung kepada bidang perniagaan sedia ada, sebaliknya perlu memahami teknologi, mengenal pasti peluang pasaran dan meletakkan kedudukan dalam sektor ekonomi yang sedang berkembang.

Beliau turut mengingatkan golongan muda yang menerajui syarikat masing-masing supaya mengurus perniagaan secara berhemah, berpandangan jauh dan bersedia menghadapi perubahan.

Abang Johari berkata masa depan ekonomi Sarawak bergantung kepada keupayaan generasi muda dan komuniti perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi serta meneroka bidang ekonomi baharu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

WFL FC menang bergaya

BINTULU: Akademi WFL FC menutup kempen Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Jepak Primary School