ARTIKEL

Dr Safiee Ahmad mencuba aksi tinju dengan bimbingan pengasas Fearless MMA Club Daro, Tan Yi Qin, pada majlis perasmian kelab berkenaan.

Pusat MMA Daro Platform Lahir Belia Berdisiplin, Aktif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Fearless Mixed Martial Art (MMA) Club Daro berpotensi menjadi platform penting untuk membentuk generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan aktif menerusi pelibatan dalam seni mempertahankan diri serta aktiviti kecergasan.

ADUN Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, kemudahan gimnasium yang disediakan kelab itu, selain kepakaran tenaga pengajarnya, membuka ruang kepada golongan belia untuk meneroka minat dalam sukan kombat secara lebih tersusun.

“Kewujudan pusat ini memberi pilihan kepada anak muda untuk mengisi masa lapang dengan kegiatan bermanfaat, khususnya bagi mereka yang ingin memulakan langkah dalam bidang seni bela diri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Pembangunan Belia dan Sukan Kombat Daro 2026 anjuran Fearless MMA Club Daro, semalam.

Safiee yang juga Setiausaha Agung Saberkas Negeri dan Pengerusi SABERKAS Daro berkata, pelibatan dalam sukan seni mempertahankan diri mampu memupuk nilai disiplin, ketekunan dan fokus yang penting dalam pembentukan sahsiah seseorang.

Katanya, latihan secara konsisten turut mendidik peserta supaya mematuhi peraturan, menghormati jurulatih serta rakan sepasukan dan sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan diri.

Beliau menegaskan, pembangunan belia melalui sukan perlu bergerak seiring dengan kecemerlangan akademik bagi melahirkan generasi yang seimbang, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

WFL FC menang bergaya

BINTULU: Akademi WFL FC menutup kempen Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Jepak Primary School