ARTIKEL

DIBUKA HARI INI... Uggah bercakap kepada pemberita pada sidang media hari ini. | FOTO: GHAZALI BUJANG

Jambatan Sejingkat Dibuka Hari Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jambatan Sejingkat merupakan projek jambatan mega ke-12 yang siap dan mula dibuka kepada orang ramai hari ini, sekali gus menyediakan laluan alternatif yang dijangka memendekkan perjalanan di antara kawasan Samarahan dengan Kuching.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pembukaan jambatan berkenaan menjadi satu lagi detik bersejarah dalam pembangunan infrastruktur negeri, khususnya selepas ia berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual asal.

Katanya, jambatan sepanjang 1.281 kilometer itu turut dilengkapi kira-kira 200 meter jalan penghubung dan mempunyai dua tiang dengan ciri unik berbentuk berlian yang menurutnya merupakan satu-satunya struktur seumpama itu di Malaysia.

“Pada awalnya kita merancang untuk membuka jambatan ini pada hujung Oktober, tetapi kontraktor berjaya menyiapkannya lebih awal dan kita dapat membukanya kepada orang ramai hari ini.

“Selepas majlis ini, orang ramai sudah boleh menggunakan jambatan ini untuk menyeberangi Sungai Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita sempena prapembukaan rasmi Jambatan Sejingkat, di sini, hari ini.

Katanya lagi, kemudahan itu juga memberi akses lebih mudah kepada penduduk untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Petra Jaya serta kawasan perindustrian di sekitar Demak.

Selain itu, beliau memberitahu, manfaat lebih besar akan dapat dirasai apabila Pakej DC3 yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan Kota Samarahan siap, yang dijangka pada hujung tahun depan.

Mengulas lanjut, Jambatan Sejingkat merupakan sebahagian daripada projek Jalan Utama Kedua Sarawak yang dirancang untuk membentuk jaringan perhubungan lebih cekap sehingga ke Sebuyau dan Sri Aman, seterusnya membantu memendekkan perjalanan ke bahagian tengah negeri.

Tambahnya, Jambatan Sejingkat ialah jambatan mega ke-12 yang berjaya disiapkan daripada keseluruhan 21 jambatan mega yang dirancang di Sarawak.

“Empat lagi dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini, manakala bakinya akan disiapkan tahun depan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor dan pihak perunding atas kerjasama memastikan isu sepanjang pembinaan dapat ditangani sehingga jambatan itu dapat dibuka lebih awal.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

WFL FC menang bergaya

BINTULU: Akademi WFL FC menutup kempen Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Jepak Primary School