ARTIKEL

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan terapung di sungai Kampung Slabi Plaman, Serian hari ini.

Lelaki warga emas hilang ditemukan terapung di sungai Kampung Slabi Plaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Rituh Karas, di sini pada Isnin lalu ditemukan terapung di sungai Kampung Slabi Plaman, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Manjun Nadang, 71, dijumpai oleh penduduk Kampung Slabi Plaman pada jam 12.15 tengah hari tadi.

“Hasil pengecaman oleh ahli keluarga mangsa, mayat tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian yang digerakkan ke lokasi kemudian mengangkat mangsa dari tebing sungai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, beliau berkata mangsa dilaporkan hilang pada jam 4 petang Isnin lalu setelah keluar dari rumah.

Katanya pencarian yang dilakukan oleh ahli keluarganya bersama-sama penduduk kampung kemudian hanya menjumpai pakaian dan kasut yang digunakannya.

Beliau berkata susulan laporan yang diterima, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan melibatkan pasukan dari BBP Serian bersama-sama polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Rela dan penduduk kampung, dengan pencarian tertumpu di tebingan sungai, kawasan kampung dan sawah padi milik mangsa.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

BERITA TERBARU